Jepun mula fasa 4 lepas air terawat loji nuklear Fukushima

Jepun mula fasa 4 lepas air terawat loji nuklear Fukushima

Pengendali loji kuasa nuklear itu merancang melepaskan 7,800 tan air ke Lautan Pasifik.

Jepun mula melepaskan sebahagian daripada anggaran 1.34 juta tan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima ke laut pada Ogos 2023, walaupun dibantah negara jiran dan nelayan tempatan. (Gambar AP)
TOKYO:
Jepun hari ini mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berterusan sehingga 16 Mac nanti, menurut data Tokyo Electric Power Company (Tepco).

Pengendali loji itu merancang melepaskan 7,800 tan air ke Lautan Pasifik, lapor Sputnik.

Tiga pusingan pelepasan air terawat sebelum ini dari NPP Fukushima dilakukan pada Ogos, Oktober dan November 2023.

Jepun mula melepaskan sebahagian daripada anggaran 1.34 juta tan air terawat dari NPP Fukushima ke laut pada Ogos 2023, walaupun terdapat bantahan daripada negara jiran dan nelayan tempatan.

Secara keseluruhan, lebih 31,000 tan air radioaktif terawat akan dilepaskan pada tahun fiskal 2023 yang berakhir 31 Mac ini.

Keseluruhan proses dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 30 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.