Arab Saudi laksana 7 hukuman bunuh kerana keganasan

Arab Saudi laksana 7 hukuman bunuh kerana keganasan

Pesalah disabitkan kerana mewujudkan dan membiayai organisasi serta entiti radikal.

Seramai 29 orang telah dilaksanakan hukuman bunuh tahun ini. (Gambar AFP)
RIYADH:
Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh individu kerana kesalahan “keganasan” menurut media kebangsaan.

Mereka disabitkan kerana “mewujudkan dan membiayai organisasi serta entiti keganasan”, menurut laporan Saudi Press Agency memetik kementerian dalam negeri.

Arab Saudi telah melaksanakan hukuman mati terhadap 29 orang tahun ini, selepas hukuman terhadap 170 orang dilaksanakan tahun lalu.

Kerajaan itu yang terkenal menjalankan hukuman pancung dikecam masyarakat dunia selepas 81 orang dibunuh dalam sehari hampir dua tahun lalu.

Kerakyatan tujuh individu yang dibunuh hari ini tidak didedahkan, tetapi berdasarkan nama dan gelaran menunjukkan mereka warga Saudi.

Mereka disabitkan “mengguna pakai pendekatan pengganas yang mendesak pertumpahan darah, mewujudkan dan membiayai organisasi serta entiti pengganas, dan berkomunikasi serta berurusan dengan mereka dengan tujuan menggugat kestabilan dan keselamatan masyarakat”, selain mengancam keselamatan awam, menurut laporan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.