Seorang maut kereta rempuh hospital di Texas

Seorang maut kereta rempuh hospital di Texas

Sepuluh lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh bilik kecemasan sebuah hospital di Austin pada Selasa.

Kemalangan itu berlaku di Pusat Perubatan Austin Utara St David dan orang ramai dinasihatkan mengelakkan kawasan terbabit. (Gambar AP)
HOUSTON:
Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala 10 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh bilik kecemasan (ER) sebuah hospital di Austin, Texas, pada Selasa.

Kemalangan itu berlaku di Pusat Perubatan Austin Utara St David pada 5.30 petang waktu tempatan (2330 GMT), menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah Austin-Travis di Facebook, lapor Xinhua.

“Triage dan rawatan awal sedang dijalankan. #ATCEMS Command melaporkan 10 pesakit sedang dipindahkan dan seorang pesakit diberikan bantuan CPR.

“Elakkan kawasan itu,” menurut catatan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah Austin-Travis di Facebook pada Selasa.

Polis Austin dalam catatan X berkata, berdasarkan maklumat awal dan butiran dikumpulkan setakat ini, nahas itu tiada kaitan unsur jenayah.

Mangsa korban ialah pemandu kereta, tetapi siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian pemandu terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.