
Bercakap pada sidang media selepas pemukiman berkenaan, Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith berkata, Thailand telah mengemukakan rancangan untuk mewujudkan koridor kemanusiaan bagi memastikan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Myanmar atau mereka yang melarikan diri ke Thailand mendapat bantuan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Katanya lagi, menteri-menteri luar Asean menyambut baik kehadiran wakil Myanmar pada pemukiman AMM ini dan menzahirkan keyakinan bahawa peningkatan hubungan akan membantu Myanmar dan negara-negara anggota Asean serta komuniti antarabangsa lebih memahami antara satu sama lain.
Sementara itu, Menteri Luar Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara berkata, sokongan akan disediakan bermula akhir Februari selepas kerajaan Myanmar dan kerajaan Thailand menetapkan kawasan untuk koridor yang menghubungkan kedua-dua negara itu.
Katanya, Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana Asean (Pusat AHA) akan memantau misi koridor kemanusiaan berkenaan.