4 pengintip Mossad dihukum mati di Iran

4 pengintip Mossad dihukum mati di Iran

Mereka disabitkan bersalah menjadi pengintip untuk Israel serta membentuk dan mengetuai kumpulan pengganas pada Sept 2023.

Empat individu didapati bersalah menjadi pengintip Israel pada Sept 2023 lalu dijatuhi hukuman mati di Iran. (Gambar AP)
MOSCOW:
Seramai empat individu yang dipercayai bekerja untuk agensi perisik Israel Mossad menjalani hukuman mati di Iran kerana pengintipan dan keganasan, lapor Sputnik.

Keempat-empat tertuduh itu ditahan pada Julai 2022, beberapa hari sebelum cubaan mensabotaj sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan Iran, lapor Agensi Berita Iran IRNA pada Isnin.

Menurut laporan itu, mereka disabitkan bersalah menjadi pengintip untuk Israel serta membentuk dan mengetuai kumpulan pengganas untuk menjejaskan keselamatan Iran pada Sept 2023.

Hukuman mati mereka kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Iran tidak mengiktiraf Israel dan menuduh rejim itu terlibat dalam serangan sabotaj.

Pada Disember tahun lepas, Iran turut mengenakan hukuman mati kepada lima individu kerana mempunyai kaitan dengan Mossad, lapor media tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.