
Selepas kejadian pada Isnin, satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto pada 10.54 pagi waktu tempatan Rabu pada kedalaman 10km, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Pada Isnin, Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa menyaksikan berapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter.
Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakan kejadian pada Isnin sebagai Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.
Agensi itu telah menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.