Hospital tunggal Gaza rawat kanser dibom, jejas 10,000 pesakit

Hospital tunggal Gaza rawat kanser dibom, jejas 10,000 pesakit

Pengarah Hospital Dr Subhi Skaik berkata semua pesakit kini terputus bekalan ubat.

Hospital Persahabatan Turki-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan kerana dibom Israel. (Gambar Twitter)
BANDARAYA GAZA:
Hampir 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.

“Selepas Hospital Persahabatan Turki-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit kanser kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan,” kata Pengarah Hospital Dr Subhi Skaik dalam kenyataan.

Beliau menekankan bahawa pesakit itu tidak mempunyai akses kepada ubat-ubatan merawat kanser.

Skaik menggesa negara di seluruh dunia membantu memulihkan hospital itu, sambil menyifatkannya sebagai “tempat perlindungan tunggal bagi pesakit kanser di Gaza.”

Pada akhir Oktober, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Persahabatan Turki-Palestin terpaksa menamatkan operasi selepas dibom tentera Israel.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 57,697 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.