
TOKYO: Siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Agensi itu mengeluarkan amaran tsunami bagi daerah Noto, menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami bagi wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.
Gempa itu mencatatkan intensiti 7 pada skala seismik Jepun dengan gegaran dirasai di beberapa wilayah negara itu, lapor Xinhua.
Menurut agensi cuaca, gempa bumi kuat terbaru berlaku pada 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) pada kedalaman yang cetek.