Kemboja lapor 4 kes varian baharu Covid

Kemboja lapor 4 kes varian baharu Covid

Empat orang disahkan didapati positif Covid-19 varian JN namun telah menerima raatan dan pulih.

Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86. (Gambar Bernama)
PHNOM PENH:
Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

“Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Dis mengesahkan empat orang didapati positif Covid-19 varian JN.1

“Semua pesakit telah menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Varian Covid-19 JN.1 telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “varian mempunyai kepentingan” bukan “varian yang membimbangkan”.

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap “berisiko rendah” untuk kesihatan awam, menurut WHO.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.