
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata tidak dikenali di negeri Guanajuato, tengah Mexico, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat pendakwa raya pada Ahad.
“Pejabat pendakwa Guanajuato mengecam kejadian di bandar Salvatierra dan Salamanca pada pagi Ahad dengan masing-masing 12 dan empat kematian dilaporkan setakat ini,” katanya di X.
Media melaporkan satu kumpulan bersenjata menyerang individu berusia 17 hingga 30 tahun yang sedang bercuti di sebuah hotel di Salvatierra.
Selain yang dilaporkan maut, 12 lagi dirawat di hospital dengan dua daripadanya parah.