Perompak larikan USD2.2 juta dari bank di India

Perompak larikan USD2.2 juta dari bank di India

Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air, sebelum melarikan wang dari bilik kebal.

Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, yang menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin ATM. (Gambar PNB)
NEW DELHI:
Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (USD2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.

Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis, lapor media tempatan hari ini.

Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).

Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air, sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor Agensi Berita PTI.

Manipur yang bersempadanan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei lalu.

Negeri itu juga berdepan masalah pemberontakan.

Rabu lalu, kumpulan pemberontak dikenali sebagai “United National Liberation Front” (UNLF) bersetuju menamatkan pemberontakan dalam “perjanjian damai” penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.