
Negara Afrika Tengah itu yang juga dikenali sebagai Congo-Brazzaville, mengumumkan minggu lalu mahu merekrut 1,500 orang berusia antara 18 hingga 25 tahun.
Perdana Menteri Anatole Collinet Makosso berkata, 37 orang terbunuh dalam tragedi itu, manakala bilangan yang cedera tidak dinyatakan.
“Unit krisis dibentuk atas arahan perdana menteri,” menurut kenyataan.
Kejadian berlaku di Stadium Michel d’Ornano di Brazzaville. Menurut penduduk tempatan, ramai masih berada dalam stadium itu pada waktu malam ketika kejadian berlaku.
Beberapa orang cuba merempuh pintu pagar lokasi itu dan ramai individu dipijak dalam keadaan kelam-kabut berkenaan.
Butiran kejadian masih samar, dan AFP belum dapat mengesahkannya.