
PARIS: Sebuah topi milik Napoleon Bonaparte dilelong di Perancis pada harga €1.93 juta (RM9.84 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rumah lelong Osenat di Fontainebleau dekat Paris berkata, lelongan ini mencipta rekod dunia bagi topi yang dipakai oleh Napoleon semasa memerintah empayar Perancis pada abad ke-19 itu.
Topi berwarna hitam itu dianggarkan bernilai antara €600,000 (RM3.06) juta dan €800,000 (RM4.08 juta).
Sehelai rambut maharaja dan sapu tangan antara barangan lain yang dijual oleh seorang pengumpul.
Barangan lain yang ditawarkan termasuk sarung tangan dan sehelai baju yang dikatakan pernah dipakai Napoleon semasa hidup dalam buangan di pulau Saint Helena.
Pada 1821, Napoleon meninggal dunia di pulau berkenaan ketika berusia 51 tahun.