
Ketua OCHA di Palestin, Andrea De Domenico berkata, ia juga memerlukan kos agak tinggi dan tidak mampan, namun itu pilihan terakhir yang ada sekarang.
Justeru, beliau amat berharap pihak berkaitan bersetuju menyediakan akses tanpa halangan dan berterusan.
Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh meminta Kesatuan Eropah dan PBB menggunakan payung terjun bagi menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
“Saya fikir apa yang benar-benar diperlukan sekarang ialah membuka lintasan bagi memastikan bekalan bantuan dapat dihantar secara berterusan.
“Saya tahu Jordan sudah menghantar bantuan menggunakan cara itu (payung terjun). Tetapi, sudah tentu kuantitinya sangat terhad,” kata De Domenico pada Isnin.
Mengulas keadaan di sekitar Hospital Al-Shifa di Gaza, beliau menyeru semua pihak menjalankan tanggungjawab mereka kerana hospital tidak boleh dijadikan sasaran peperangan.
Beliau menganggarkan 230,000 penduduk awam mungkin berpindah ke selatan Gaza sehingga Ahad lalu.