
Fasa ketiga ini akan dilanjutkan sehingga 20 Nov, meskipun mendapat tentangan China dan Rusia, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News berpangkalan di Tokyo.
Tokyo Electric Power Company Holdings (Tepco) merancang mengepam kira-kira 460 tan air terawat setiap hari melalui pembetung bawah laut, menurut laporan itu.
Fasa keempat pula dijadualkan bermula Mac depan membabitkan pelepasan kira-kira 31,200 tan air.
Jepun yang mula menyalurkan air terawat dari loji itu sejak Ogos lalu, mendapat reaksi negatif China, parti pembangkang Korea Selatan dan Kepulauan Solomon.
Susulan insiden gempa bumi dan tsunami pada 2011, loji Fukushima terpaksa ditutup akibat bencana nuklear yang dianggap terburuk sejak insiden Chernobyl pada 1986.