
Bolivia “memutuskan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, bagi menolak dan mengutuk serangan tentera agresif dan berat sebelah Israel di Semenanjung Gaza,” kata Timbalan Menteri Luar Freddy Mamani dalam sidang media.
Menteri Presidensi Maria Nela Prada turut mengumumkan negara itu menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Kami mendesak serangan ditamatkan di Semenanjung Gaza yang setakat ini mengakibatkan ribuan kematian awam dan memaksa warga Palestin berpindah,” katanya dalam sidang media sama.
Kerajaan berhaluan kiri Luis Arce menjadi negara Amerika Latin memutuskan hubungan dengan Israel sejak konflik meletus susulan serangan Hamas pada 7 Oktober yang dikatakan membunuh lebih 1,400 orang.
Israel menyelar tindakan Bolivia itu sebagai “tunduk kepada keganasan”.
“Dengan mengambil tindakan ini, kerajaan Bolivia bersekutu dengan Hamas,” kata jurucakap kementerian luar Israel, Lior Haiat dalam kenyataan.
Bolivia baru membaiki hubungan dengan Israel pada 2019, iaitu sedekad selepas diputuskan susulan serangan di Semenanjung Gaza sebelum ini.
Sementara itu pemimpin Colombia dan Chile turut mengutuk serangan Israel yang menurut kementerian kesihatan Hamas melaporkan telah membunuh lebih 8,500 warga Palestin – dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.
Presiden Colombia yang berhaluan kiri, Gustavo Petro berkata di X bahawa pihaknya memanggil pulang duta ke Israel.
Chile yang mempunyai penduduk Palestin paling ramai di luar negara Arab semalam turut mengumumkan memanggil balik dutanya ke Israel sebagai tanda protes terhadap “pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang tidak boleh diterima”.