Kem pelarian Gaza dibom, 7 tebusan Hamas maut

Kem pelarian Gaza dibom, 7 tebusan Hamas maut

Puluhan mayat ditemukan selepas serangan di terowong di kem Jabalia.

Warga Palestin mencari mangsa terselamat di bawah runtuhan bangunan susulan serangan Israel di kem pelarian Jabalia. (Gambar AP)
GAZA:
Hamas berkata tujuh tebusan dari serangan dilancarkannya pada 7 Oktober lalu, termasuk tiga pemegang pasport asing, maut dalam serangan bom Israel di kem pelarian terbesar Gaza.

Puluhan mayat ditemukan di kem Jabalia susulan serangan Israel yang turut dikatakan membunuh seorang komander tentera Hamas, semalam.

“Tujuh tebusan maut dalam serangan di Jabalia termasuk tiga pemegang pasport asing,” menurut kenyataan sayap tentera Hamas yang tidak memberikan butiran lanjut.
Briged Ezzedine Al-Qassam, sayap tentera Hamas itu, sebelum ini mengumumkan “hampir 50” tebusan terbunuh dalam serangan Israel.

Serangan Israel di kem Jabalia itu antara ribuan yang dilaksanakan sejak 7 Oktober lalu. Kementerian kesihatan Hamas berkata lebih 8,500 orang maut dengan dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.