Bekas PM China Li Keqiang meninggal dunia akibat serangan jantung

Bekas PM China Li Keqiang meninggal dunia akibat serangan jantung

Mendiang pernah menjawat jawatan itu dari 2013 hingga 2023.

Bekas perdana menteri China, Li Keqiang dilapor mengalami serangan jantung pada Khamis. (Gambar AFP)
ANKARA:
Bekas perdana menteri China, Li Keqiang meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat.

Li, 68, dilaporkan mengalami serangan jantung pada Khamis dan disahkan meninggal dunia pada 12.10 pagi waktu tempatan Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik media milik kerajaan, CCTV News.

Li, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri China dari 2013 hingga 2023 dan merupakan pemimpin kedua paling berkuasa dalam Parti Komunis China dari 2012 hingga 2022.

Beliau dilahirkan di Hefei, wilayah Anhui pada 1955 dan berkahwin dengan Cheng Hong, seorang profesor Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.