India kembalikan visa untuk warga Kanada

India kembalikan visa untuk warga Kanada

India menggantung pengeluaran visa itu sejak bulan lepas susulan kes pembunuhan seorang warga Kanada yang didakwa pemisah Sikh.

Bulan ini, seramai 41 diplomat Kanada dilaporkan meninggalkan India atas permintaan New Delhi. (Gambar AP)
NEW YORK:
India akan mengeluarkan semula visa kepada warga Kanada selepas menggantung perkhidmatan itu sejak bulan lepas, lapor Xinhua.

“Selepas meneliti semula situasi keselamatan dan mengambil kira langkah yang diambil Kanada baru-baru ini, pihak kami memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa kemasukan, perniagaan, perubatan dan persidangan.

“Keadaan itu akan terus dipantau Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral seperti yang sedang dilakukan pada masa ini. Keputusan seterusnya bergantung kepada keadaan,” kata Suruhanjaya Tinggi India di Ottawa dalam kenyataan.

India menggantung pengeluaran visa itu susulan kes pembunuhan seorang warga Kanada yang didakwa pemisah Sikh.

Hubungan kedua-dua negara dingin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau menuduh kerajaan India terbabit dalam kes itu.

Bulan ini, seramai 41 diplomat Kanada meninggalkan India atas permintaan New Delhi kerana bimbang wujud “campur tangan” dalam hal ehwal negara itu, lapor penyiar Kanada CBC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.