
TELL ABYAD (Syria): Tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria diserang serentak kumpulan tidak dikenali, pada Isnin.
Menurut Agensi Anadolu, medan minyak al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di al-Shaddadi dan al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu.
Terdahulu, sebuah pangkalan AS di kawasan al-Malikiyah di al-Hasakah yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) telah diserang dron bersenjata.
Selain itu, sebuah pangkalan di wilayah al-Tanf di selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan dron.