Kereta api bertembung di Bangladesh, sekurang-kurangnya 15 maut

Kereta api bertembung di Bangladesh, sekurang-kurangnya 15 maut

Nahas berlaku apabila kereta api kontena yang menuju ke bandar pelabuhan Chattogram bertembung dengan Ekspres Egarosindhur ke Dhaka pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan.

Kira-kira 100 penumpang cedera, dan angka kematian dijangka meningkat, kata superintendan polis daerah Kishoreganj Md Mostak Sarker. (Gambar AP)
DHAKA:
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas dua kereta api bertembung di daerah Kishoreganj Bangladesh, pada Isnin, lapor Xinhua.

Superintendan polis daerah itu Md Mostak Sarker berkata nahas berlaku apabila kereta api kontena yang menuju ke bandar pelabuhan Chattogram bertembung dengan Ekspres Egarosindhur ke Dhaka pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan.

“Lima belas mayat ditemukan setakat ini manakala kira-kira 100 penumpang lagi cedera. Angka kematian dijangkakan meningkat,” katanya.

Beratus-ratus sukarelawan dan penduduk tempatan turut membantu anggota bomba untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.