
TEGUCIGALPA: Seramai empat orang terbunuh manakala 27 lagi cedera pada Ahad di Honduras apabila sebuah bas membawa migran terhumban ke dalam gaung sebelum jatuh ke dalam sungai, menurut bomba, lapor Xinhua.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 3 pagi waktu tempatan (0900 GMT) di komuniti barat laut Santa Rosa de Copan, sebuah perbandaran di Honduras, apabila “bas itu terjatuh dari lebuh raya ke Sungai Higuito”, menurut pihak berkuasa.
Bas itu dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, membawa migran yang kebanyakannya dari Venezuela.
Daripada empat mangsa yang terbunuh, hanya pembantu pemandu bas yang dikenal pasti manakala tiada dokumen didapati bagi dua lelaki dan seorang wanita lain.
Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kemalangan itu.