
Menurut kenyataan syarikat itu, pesawat Scoot TR16 itu berlepas dari Singapura ke Perth pada jam 4.11 petang.
Bagaimanapun, sejam kemudian keputusan dibuat untuk berpatah balik ke Singapura sebagai langkah berjaga-jaga “akibat ancaman bom”, menurut kenyataan itu.
“Tentera Udara Republik Singapura diaktifkan untuk mengiring pesawat berkenaan kembali ke Lapangan Terbang Changi. Perkhidmatan kecemasan turut diaktifkan.”
Menurut Scoot, pesawat itu mendarat dengan selamat kira-kira dua jam selepas berlepas, dan pemeriksaan keselamatan turut dilakukan.
Syarikat itu berkata ia bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa, namun tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana melibatkan isu keselamatan.