Hampir 40,000 belia bunuh diri di Korea Selatan dalam 3 tahun

Hampir 40,000 belia bunuh diri di Korea Selatan dalam 3 tahun

Data menunjukkan kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan belia berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan.

Data menunjukkan 39,453 belia maut akibat membunuh diri berbanding 32,156 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh sama. (Gambar Facebook)
SEOUL:
Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun lalu, dengan 39,453 belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan serta Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Data menunjukkan jumlah itu meningkat berbanding 32,156 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh sama.

Secara keseluruhan, kadar bunuh diri menurun sedikit dalam tempoh lima tahun lalu, iaitu 25.2 orang bagi setiap 100,000 pada 2022, tetapi kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan individu berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kadar bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat daripada 5.8 setiap 100,000 individu pada 2018 kepada 7.2 pada 2022, manakala kadar bagi individu berumur 20-an meningkat daripada 17.6 kepada 21.4 dalam tempoh sama.

Jumlah kes cubaan bunuh diri juga meningkat.

Tahun lalu, 36,754 orang menerima rawatan kecemasan di hospital selepas mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri, meningkat sebanyak 68% daripada 21,875 orang pada 2012.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.