Dakwa ‘keganasan nuklear’, aktivis Korea Selatan kecam pelepasan air Fukushima

Dakwa ‘keganasan nuklear’, aktivis Korea Selatan kecam pelepasan air Fukushima

Mereka menuduh Jepun merancang melepaskan air dari loji kuasa nuklear Fukushima secara berterusan selama lebih 30 tahun.

Sekumpulan aktivis Korea Selatan mengutuk pembuangan sisa tercemar nuklear oleh Jepun dan menyeru Jepun segera menutup loji itu. (Gambar AP)
SEOUL:
Sekumpulan aktivis Korea Selatan mengutuk pembuangan air sisa tercemar nuklear daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah ke Lautan Pasifik oleh Jepun, lapor Xinhua.

Aktivis tersebut mengadakan sidang media berhampiran kedutaan Jepun di Seoul, menggesa kerajaan Jepun segera menghentikan “jenayah keganasan nuklear terhadap kemanusiaan”.

Mereka dalam kenyataan, berkata kerajaan Jepun tidak boleh dipercayai kerana pusingan pertama pelepasan air telah menyebabkan masalah di laut dan mendakwa pelepasan itu dirancang untuk berterusan selama lebih 30 tahun.

Aktivis itu menyeru Tokyo untuk menutup loji Fukushima dengan kerjasama negara lain dan menyimpan air tersebut di Jepun. Mereka turut mendesak kerajaan Korea Selatan memfailkan aduan terhadap Jepun dengan Tribunal Antarabangsa bagi Undang-Undang Laut.

Walaupun terdapat kebimbangan dan tentangan yang meningkat di dalam dan luar negara, Jepun melancarkan pusingan kedua pelepasan air tercemar ke laut pada awal Khamis yang akan berterusan selama 17 hari untuk membuang 7,800 tan air sisa tersebut. Pelepasan pertama berakhir pada 11 Sept.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.