Lombong runtuh di Zimbabwe, 6 maut, 15 terperangkap

Lombong runtuh di Zimbabwe, 6 maut, 15 terperangkap

Enam mayat ditemui semasa misi mencari dijalankan.

Seramai 34 pelombong terperangkap di lombong Beyhose, tetapi 13 daripadanya berjaya menyelamatkan diri. (Gambar AFP)
HARARE:
Enam pelombong maut dan 15 lagi terperangkap dalam kejadian lombong runtuh di daerah Chegutu, wilayah Mashonaland di Zimbabwe pada Jumaat, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pembangunan Perlombongan, Sopan Kambamura, berkata 34 pelombong terperangkap dalam kejadian di lombong Beyhose itu, tetapi 13 daripadanya berjaya keluar.

Enam mayat ditemui semasa misi mencari dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.