Itali: Ketua mafia ‘Cosa Nostra’ meninggal dunia

Itali: Ketua mafia ‘Cosa Nostra’ meninggal dunia

Matteo Messina Denaro berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta.

Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily, Matteo Messina Denaro, sebelum ini koma sejak Jumaat selain menghidap kanser kolon. (Gambar AP)
ROME:
Ketua Mafia paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali ANSA.

Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan koma, sejak Jumaat.

Pada awal Ogos, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L’Aquila.

Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, menurut ANSA yang memetik sumber.

Ketua mafia yang paling dikehendaki, telah ditangkap unit polis khas di sebuah klinik kanser di Palermo ketika sedang menjalani rawatan dengan nama palsu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.

Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.