
Juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat dan terselamat, lapor ANSA pada Sabtu.
Ibu bapa kanak-kanak yang maut dan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital Turin akibat melecur.
Kejadian itu berlaku semasa pasukan aerobatik Tentera Udara Itali membuat pertunjukkan udara Frecce Tricolori, sempena ulang tahun ke-100 pasukan itu pada Ahad.
Pesawat itu terhempas sejurus berlepas. Satu klip video di media sosial menunjukkan pesawat itu tersasar daripada kelompok pesawat lain sebelum terhempas dan terbakar.
Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Pesawat itu dipercayai melanggar sekumpulan burung dan juruterbang mungkin hilang kawalan, menurut akhbar La Stampa.