Puluhan maut dalam kebakaran pangsapuri di Vietnam

Puluhan maut dalam kebakaran pangsapuri di Vietnam

Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri 9 tingkat itu, yang terletak di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.

Setakat 5 pagi waktu tempatan, pihak berkuasa dilaporkan menyelamatkan 70 mangsa kebakaran pangsapuri dan mengejarkan 54 daripada mereka ke hospital. (Gambar AFP)
HANOI:
Puluhan penduduk Vietnam maut manakala 54 lagi di dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas kebakaran berlaku di sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam ini sebelum tengah malam Selasa, lapor Xinhua.

Setakat 5 pagi waktu tempatan, pihak berkuasa menyelamatkan 70 mangsa dan mengejarkan 54 daripada mereka ke hospital, lapor Agensi Berita Vietnam.

Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri sembilan tingkat yang didiami oleh 150 orang itu, yang terletak di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.

Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Vietnam menyaksikan 1,286 kebakaran dan letupan yang mengorbankan 69 orang, mencederakan 64 yang lain, dan menyebabkan kerugian harta benda hampir 200.7 bilion dong Vietnam (USD8.3 juta).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.