3 penduduk kampung ditembak mati di India

3 penduduk kampung ditembak mati di India

Seorang pegawai berkata, semua mangsa sedang menaiki kenderaan sebelum diserang hendap di Kanggui.

Manipur dalam keadaan tegang sejak 3 Mei lalu apabila keganasan berskala besar tercetus semasa protes etnik berhubung penyenaraian komuniti Meitei dalam status ‘scheduled tribe’. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Seorang lelaki tidak dikenali menembak mati tiga individu pada pagi Selasa dekat daerah Kangpokpi di Manipur, timur laut India.

“Pagi ini, lelaki bersenjata menyerang tiga penduduk kampung daripada komuniti Kuki-Zomi di Kangpoki. Semua mangsa sedang menaiki kenderaan sebelum diserang di Kanggui di daerah itu,” kata seorang pegawai menurut Xinhua.

Laporan itu mendakwa suspek menyerang hendap kenderaan itu.

Jumaat lalu, keganasan di bandar Pallel, daerah Tengnoupal di negeri itu menyebabkan dua terbunuh dan lebih 50 lagi cedera.

Manipur dalam keadaan tegang sejak 3 Mei lalu apabila keganasan berskala besar tercetus semasa protes etnik berhubung penyenaraian komuniti Meitei dalam status “scheduled tribe” – kumpulan sosioekonomi kurang bernasib baik yang memberi mereka keistimewaan dalam pendidikan dan pekerjaan dalam sektor awam.

Setakat ini, keganasan berterusan meragut lebih 160 nyawa di negeri timur laut itu.

Pertembungan etnik antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti suku Kuki menyebabkan 60,000 orang hilang tempat tinggal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.