
AMSTERDAM: Mahkamah Belanda hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap bekas pemain kriket Pakistan selepas dibicarakan secara in absentia (tanpa kehadirannya) kerana menggesa orang ramai membunuh pemimpin haluan kanan melampau negara itu, Geert Wilders.
Mahkamah memutuskan kenyataan Khalid, 37, mesti dianggap gesaan untuk membunuh, menghasut dan mengugut. Khalid yang tinggal di Pakistan tidak menghadiri sebarang prosiding terhadapnya itu di Belanda.
Menurut pendakwa, Khalid memuat naik video pada 2018 menawarkan ganjaran untuk pembunuhan Wilders.
Kejadian itu susulan Wilders mengumumkan perancangan mengadakan pertandingan melukis kartun memaparkan Nabi Muhammad. Pertandingan itu kemudian dibatalkan.
Reuters tidak dapat menghubungi Khalid untuk kenyataan. Khalid menjadi kapten pasukan Pakistan pada Sukan Asia 2010.