
JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Maluku Utara, Indonesia hari ini menurut Pusat Kajian Geosains Jerman (GFZ).
Agensi geologi Indonesia meletakkan gempa itu pada magnitud 5.9 tanpa ancaman tsunami.
Pusat gempa dikenal pasti 11km dari timur laut Jailolo dengan kedalaman 168km, menurut agensi itu.
Tiada laporan kerosakan atau kematian setakat inidunia.
Indonesia terletak di kawasan aktiviti seismik kuat dikenali sebagai lingkaran gunung berapi Pasifik.