Qatar kesan kes pertama varian baharu Covid-19 EG.5

Qatar kesan kes pertama varian baharu Covid-19 EG.5

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Kementerian Kesihatan Awam Qatar memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian Covid-19 baharu. (Gambar Envato Elements)
DOHA:
Qatar mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namum kementerian itu berkata kes jangkitan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian Covid-19 baharu itu, lapor Xinhua.

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkannya sebagai “variant of interest”, namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.