52 maut dalam kebakaran di Johannesburg

52 maut dalam kebakaran di Johannesburg

Misi mencari diteruskan selepas api dipadamkan.

Kebakaran berlaku di sebuah bangunan lima tingkat di tengah Johannesburg tengah malam tadi. (Gambar AP)
JOHANNESBURG:
Lebih 50 orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan lima tingkat di tengah Johannesburg hari ini, menurut perkhidmatan kecemasan di bandar Afrika Selatan itu.

Berpuluh-puluh lagi cedera, dengan ada yang tersedut asap. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan, kata jurucakap perkhidmatan pengurusan kecemasan, Robert Mulaudzi.

“Kami menjumpai 52 mayat dan 43 lagi cedera ringan,” kata Mulaudzi kepada stesen televisyen ENCA.

Pasukan bomba dipanggil ke lokasi kebakaran untuk memadam api dan operasi mencari sedang dijalankan.

“Kami bergerak dari tingkat ke tingkat untuk mencari mangsa, kata Mulaudzi sambil menambah jumlah kematian dijangka meningkat.

Tidak jelas punca kebakaran yang berlaku semalaman itu.

Mulaudzi berkata bangunan itu, yang kini dikosongkan, terletak di kawasan serba kekurangan dan pernah menjadi daerah perniagaan di hab ekonomi Afrika Selatan serta digunakan sebagai penempatan tidak rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.