Toyota gantung operasi 12 kilang di Jepun akibat kegagalan sistem komputer

Toyota gantung operasi 12 kilang di Jepun akibat kegagalan sistem komputer

Operasi baki dua lagi kilangnya juga akan digantung bermula 0300 GMT.

Toyota belum memaklumkan bila proses pengeluaran akan disambung semula. (Gambar AP /David Zalubowski)
MOSCOW:
Toyota Motor menggantung operasi 12 daripada 14 kilangnya di Jepun kerana kegagalan sistem komputer, lapor Sputnik pada Selasa.

Syarikat itu belum memaklumkan bila proses pengeluaran akan disambung semula.

Media kemudiannya melaporkan operasi dua lagi kilangnya juga akan digantung bermula 0300 GMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.