
Hukuman terhadap Mohammed al-Ghamdi dijatuhi pada Julai lalu oleh mahkamah jenayah khas yang ditubuhkan pada 2008 untuk membicarakan kes keganasan.
Tuduhan terhadapnya termasuk konspirasi terhadap kepimpinan Arab Saudi, meremehkan institusi kerajaan, dan menyokong ideologi pengganas, kata sumber.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengulas perkara itu.
Aktivis hak asasi manusia berkata kes itu mengetengahkan tindakan tegas terhadap pengkritik di media sosial, termasuk di akaun yang tidak mempunyai ramai pengikut.
Abang Mohammed, Saeed al-Ghamdi yang juga aktivis hidup dalam buangan di luar Arab Saudi berkata sebahagian kes terhadap adiknya itu berdasarkan hantaran di X yang mengkritik kerajaan dan menyokong pemimpin agama terkenal yang dipenjarakan, seperti Salman al-Awda dan Awad al-Qarni.
Akaun X Mohammed hanya mempunyai sembilan pengikut, menurut Gulf Centre for Human Rights.
Arab Saudi sering dikritik kerana mengamalkan hukuman mati. Menurut kiraan AFP, hukuman itu dilaksanakan terhadap 147 individu tahun lalu.
Sebanyak 94 hukuman mati dilaksanakan setakat tahun ini.