Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas

Nahas itu berlaku di luar pantai bandar Darwin di utara Australia.

Helikopter tentera yang membawa kira-kira 20 anggota marin Amerika Syarikat terhempas semasa menjalani latihan di Australia. (Gambar Pixabay)
MOSCOW:
Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin Amerika Syarikat, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia pada Ahad, memetik sumber.

Nahas helikopter itu berlaku pada 1.30 waktu tempatan di Pulau Tiwi, lapor penyiar itu menambah insiden tersebut mungkin mengorbankan nyawa.

Penyiar ABC melaporkan beberapa anggota telah diselamatkan selepas nahas itu dan tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa.

Latihan itu, yang melibatkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste, akan digantung susulan nahas itu, kata laporan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.