
BANGKOK: Bekas pemimpin Thailand, Thaksin Shinawatra dipindahkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi kerana tidak dapat tidur pada malam pertama dalam penjara sekembalinya dari buangan, kata pegawai Jabatan Penjara hari ini.
“Penjara meminta doktor dan jururawat mendiagnosisnya.
“Mereka mengesyorkan kes itu dirujuk ke hospital demi keselamatan tahanan,” kata Ayuth Sintoppant, ketua pengarah Jabatan Penjara kepada Reuters, sambil menambah lapan pengawal menemaninya.