4 maut, IS serang masjid di Iran

4 maut, IS serang masjid di Iran

Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorang daripadanya ditahan pasukan keselamatan.

Dua pekerja masjid dan dua jemaah terbunuh, manakala tujuh lagi cedera dalam serangan di Masjid Shah Cheragh. (Gambar Twitter)
TEHRAN:
Sekurang-kurangnya empat terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang Masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.

Tujuh lagi cedera dalam serangan itu. Dua pekerja masjid serta dua jemaah terbunuh.

Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Oktober 2022, serangan serupa di masjid itu membunuh 13 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

Berikutan serangan pada Ahad lepas, pasukan keselamatan Iran menutup semua laluan masuk ke masjid dan mengepung kawasan itu.

Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorang daripadanya ditahan pasukan keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.