Acara pemberian PlayStation di New York bertukar huru-hara

Acara pemberian PlayStation di New York bertukar huru-hara

Kai Cenat kini ditahan selepas pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mendakwanya kerana menghasut.

Kira-kira seribu orang membanjiri Union Square menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal dengan orang ramai membaling objek dan polis melakukan tangkapan. (Gambar AP)
NEW YORK:
Pemberian PlayStation anjuran streamer Twitch Kai Cenat di Union Square, New York City bertukar huru-hara apabila kira-kira seribu orang membanjiri kawasan itu sehingga menyebabkan konfrontasi dengan polis.

Terdahulu, di platform X (Twitter), Cenat mengumumkan pemberian PS5 pada 4 petang Jumaat, tetapi orang ramai mula berkumpul di Union Square sekitar 1.30 tengah hari.

Menjelang 3.30 petang, keadaan menjadi tidak terkawal dengan orang ramai membaling objek dan polis melakukan tangkapan, lapor United Press International (UPI).

Kira-kira 4.25 petang, rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan yang mungkin membawa Cenat, meninggalkan kawasan itu dengan orang ramai mula memanjat bumbung kenderaan.

Polis mengeluarkan arahan mobilisasi Tahap Empat sebagai tindak balas terhadap kekacauan dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai tangkapan.

Menjelang 6 petang, orang ramai bersurai dengan meninggalkan sampah dan serpihan. Sebuah bas membawa individu ditahan dilihat turut meninggalkan kawasan itu.

Ketua Polis NYPD, Jeff Maddrey berkata, pegawainya mengeluarkan Cenat dari tempat kejadian bagi melindunginya dan dia kini ditahan selepas pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mendakwanya kerana menghasut.

Cenat, 21, mempunyai kira-kira 6 juta pengikut Twitch dan turut menyiarkan kandungan komedi di YouTube, di mana dia mempunyai lebih 4 juta pengikut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.