
Ketua Basarnas Cilacap, Adah Sudarsa berkata, masyarakat setempat dan anggota keluarga turut giat membantu menjelang hari keempat misi mencari dan menyelamat.
“Kami berharap keseluruhan proses pemindahan berjalan lancar,” kata Sudarsa dalam satu kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lebih 220 anggota Basarnas, polis dan tentera telah dikerah di Pancurendang.
Objektif utama pasukan penyelamat adalah untuk mengeluarkan air di dalam lubang perlombongan sedalam 60 meter dan lima pintu masuk air berdekatan. Untuk mencapai matlamat ini, mereka menggunakan 13 mesin pam.
Lapan pelombong itu dilaporkan terperangkap sejak Rabu, 7 pagi waktu Indonesia Barat, apabila air membanjiri kawasan itu.
Sementara itu, polis Banyumas sudah menahan tiga individu berhubung kejadian itu dan kini sedang menjejaki seorang lagi suspek.
Semua suspek adalah penduduk Ajibarang dan berdepan pertuduhan melanggar undang-undang mineral dan perlombongan.
Ketiga-tiga suspek yang dikenal pasti sebagai pemilik tanah, pemilik tapak, pelabur dan pengendali lombong didakwa bertanggungjawab terhadap aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu.