
Mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika mengumpul bahan api dari lori tangki terbabas dan terbalik, selepas terlibat dalam kemalangan di bandar Ore Ondo, kata jurucakap polis di Ondo, Funmilayo Odunlami dipetik Xinhua.
Odunlami berkata, siasatan polis mengesahkan mangsa sedang “menceduk bahan api dari lori tangki” semasa kebakaran bermula.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon bimbit dipegang seorang mangsa.
Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendengar dentuman kuat.
Akhbar tempatan Punch yang memetik saksi melaporkan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak turut terkorban.
Kegiatan mengumpul bahan api dari lori tangki biasa berlaku di Nigeria dan kerap menyebabkan kematian serta kemusnahan.