
Setiausaha Alam Sekitar dan Ekologi Tse Chin-wan berkata, 10 wilayah itu terdiri daripada Tokyo, Fukushima, Chiba, Tochigi, Ibaraki, Gunma, Miyagi, Niigata, Nagano dan Saitama, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan Hong Kong Free Press.
Sejumlah kira-kira 1.33 juta meter padu air, air bawah tanah dan air hujan yang digunakan untuk penyejukan, terkumpul di loji Fukushima yang lumpuh itu.
Kemalangan nuklear besar berlaku pada Mac 2011 apabila tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi melumpuhkan kuasa dan sistem penyejukan untuk tiga reaktor di Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.
Tse menekankan bahawa untuk mengawal aktiviti alam sekitar yang berpotensi berbahaya, larangan akan dilaksanakan ke atas semua import makanan laut (beku, sejuk, kering), produk rumpai laut yang diproses dan tidak diproses serta garam laut.
Beliau berkata, larangan terhadap hasil segar dan susu dari Fukushima dan negara jiran Chiba, Ibaraki, Tochigi dan Gunma, kekal berkuat kuasa selepas bencana pada Mac 2011.
Sementara itu, dalam pertemuan dengan pegawai kerajaan Hong Kong, Kementerian Luar Jepun meminta Hong Kong tidak melaksanakan peraturan lebih ketat ke atas import makanan dari Jepun, lapor Agensi Anadolu.
“Keselamatan produk makanan Jepun dijamin dan (kami) meminta sekatan import semasa Hong Kong terhadap makanan dan produk pertanian Jepun dihentikan segera,” kata kementerian itu.
Tse yang menolak tanggapan bahawa dasar Hong Kong mengenai air sisa Jepun dipengaruhi oleh Beijing berkat, keputusannya itu mengutamakan kesihatan dan keselamatan warga Hong Kong.
“Kerajaan Hong Kong akan memantau untuk suatu tempoh masa selepas pelepasan itu bagi memperoleh lebih banyak data pemantauan dan saintifik mengenai kesan pelepasan air sisa nuklear Fukushima itu terhadap keselamatan makanan dan mengkaji langkah-langkah yang relevan dari semasa ke semasa,” menurut laporan itu.