Gadis 16 tahun maut ditembak di Indianapolis

Gadis 16 tahun maut ditembak di Indianapolis

Mangsa dikenali Serenity Wilson disahkan meninggal dunia di sebuah parti blok di Indianapolis, Amerika Syarikat.

Penyiasat turut menemui beberapa senjata dari tempat kejadian di sebuah parti blok di Indianapolis, Amerika Syarikat. (Gambar Pixabay)
WASHINGTON:
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut ditembak manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti blok di Indianapolis, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku di wilayah timur laut kira-kira 11 malam Isnin.

Gadis dikenali sebagai Serenity Wilson disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, United Press International (UPI) memetik laporan WRTV.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Penyiasat turut menemui beberapa senjata dari tempat kejadian.

Sebelum ini, lima orang terbunuh manakala dua kanak-kanak cedera dalam satu kejadian tembakan besar-besaran di Philadelphia.

Pada Selasa, tiga orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam satu tembakan besar-besaran di Fort Worth, Texas, semasa perhimpunan “Fourth of July”.

Presiden Joe Biden pada Selasa sekali lagi menyeru penggubal undang-undang bertindak membendung keganasan senjata api di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.