Suspek serangan Capitol diberkas berhampiran kediaman Obama

Suspek serangan Capitol diberkas berhampiran kediaman Obama

Suspek dikenali sebagai Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan di Washington DC pada Khamis.

Seorang lelaki dikehendaki polis bersabit serangan Capitol AS pada 6 Jan lepas ditahan berhampiran kediaman bekas presiden Barack Obama di Washington DC. (Gambar AFP)
WASHINGTON:
Seorang lelaki bersenjata dan dikehendaki polis bersabit serangan Capitol Amerika Syarikat pada 6 Jan lepas ditahan selepas kehadirannya disedari di sekitar kediaman bekas presiden Barack Obama di Washington DC, lapor agensi berita Jerman (dpa).

CBS News melaporkan, suspek dikenali Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan pada Khamis.

Alat letupan itu dilaporkan setanding dengan “Molotov cocktail”, walaupun ia belum dipasang.

Lelaki dari Seattle itu sebelum ini dilaporkan mengugut seorang tokoh masyarakat yang tidak dinyatakan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.

Ejen Perkhidmatan Rahsia mengejar Taranto sebaik melihat kelibatnya di sekitar kediaman Obama.

NBC News menggambarkan Taranto sebagai “penyokong Donald Trump yang merancang konspirasi dan pernah menyerbu Capitol AS pada 6 Jan.”

Suspek dilaporkan tinggal di dalam sebuah van berhampiran penjara DC. Kenderaan yang mengandungi pelbagai senjata itu ditemui berhampiran lokasi dia ditangkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.