Letupan restoran barbeku; 9 ditahan, aset dibeku

Letupan restoran barbeku; 9 ditahan, aset dibeku

Mereka ditahan termasuk pemilik, pemegang saham, dan kakitangan restoran dalam nahas di wilayah autonomi Ningxia Hui, barat laut China.

Letupan di sebuah restoran barbeku di China dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi premis berkenaan. (Gambar Twitter/@RecordGBA)
YINCHUAN:
Seramai 31 orang terbunuh, manakala 38 lagi cedera dalam kejadian letupan di restoran barbeku di Yinchuan, dekat Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada Rabu, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku 9 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing.

Usaha menyelamat sedang dijalankan dan letupan itu dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi restoran.

Menurut pihak jawatankuasa wilayah itu, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Dalam pada itu, pihak berkuasa keselamatan awam menahan sembilan individu termasuk pemilik, pemegang saham, dan kakitangan restoran barbeku itu.

Menurut jabatan berkaitan kerajaan wilayah, aset sembilan individu itu telah dibekukan.

Pengesahan identiti mangsa yang maut sedang dijalankan. Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan itu.

Kejadian berlaku pada 8.40 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing ibu kota wilayah Yinchuan akibat kebocoran gas petroleum cecair dari kawasan operasi restoran.

Letupan itu melibatkan 38 mangsa dengan 31 daripadanya disahkan meninggal dunia, manakala tujuh lagi mangsa sedang menerima rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.