Singapura tambah polis robot

Singapura tambah polis robot

Tindakan ini selepas ujian percubaan kecil-kecilan sepanjang lebih lima tahun.

Peronda robot dilengkapi kamera, alat pengesan, pembesar suara, panel paparan, lampu suar dan siren. (Gambar AFP)
SINGAPURA:
Singapura akan mengerahkan lebih banyak robot peronda di sekitar negara bandar itu, kata polis hari ini, selepas lebih lima tahun menjalani ujian percubaan secara kecil-kecilan.

Robot dikerahkan ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi sejak April “bagi menambah anggota barisan hadapan dalam melaksanakan rondaan premis”, kata Pasukan Polis Singapura (SPF).

Lebih banyak robot dijangka dikerahkan di sekitar republik dengan 5.6 juta penduduk itu. Kadar penduduk serta kelahiran yang rendah menyebabkan negara itu terpaksa menggunakan teknologi bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

“SPF merancang mengerahkan lebih banyak robot peronda bagi meningkatkan operasi polis di sekitar Singapura,” kata SPF dalam kenyataan, tanpa memberi garis masa.

Robot berkenaan dilengkapi kamera, alat pengesan, pembesar suara, panel paparan, lampu suar dan siren.

Robot berkenaan mampu menggunakan lampu suar, siren dan pembesar suara untuk menguatkuasakan penutupan kawasan tertentu, atau memberi amaran kepada orang awam ketika sesuatu kejadian sebelum ketibaan anggota polis, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.