
HOUSTON: Enam cedera termasuk seorang daripadanya kritikal akibat ditembak dalam kejadian di sebuah kelab malam di Houston, Texas, pada awal pagi Isnin, lapor Xinhua.
Ketua polis, Troy Finner, pada sidang akhbar berkata mangsa berusia lewat 20-an hingga awal 30-an, dan penyerang masih bebas.
Beliau berkata, polis masih belum dapat memastikan berapa ramai suspek yang terlibat, tiada suspek ditahan setakat ini dan siasatan sedang dijalankan.
Menurut media tempatan, sebanyak tujuh kes tembakan dilaporkan berlaku di Houston pada hujung minggu.