Itali lancar operasi bebas kapal Turki ditawan pendatang haram

Itali lancar operasi bebas kapal Turki ditawan pendatang haram

Kapten kapal terbabit telah menghantar isyarat meminta bantuan selepas ditawan 15 pendatang haram.

Seramai 15 pendatang haram, beberapa daripadanya bersenjatakan pisau telah menguasai kapal kargo Turki yang sedang menuju ke Perancis.
ROME:
Tentera laut Itali sedang menjalankan operasi khas untuk membebaskan semula kapal kargo Turkiye, Galata Seaways yang ditawan sekumpulan pendatang haram di Laut Mediterranean berhampiran Napoli, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto, pada Jumaat.

“Operasi ini masih berjalan. Kapal ini tidak terlalu besar, tetapi pasukan khas kami, pejuang dari Rejimen San Marco yang berpangkalan di Brindisi, masih berusaha ke arah itu,” kata Crosetto.

Seramai 15 pendatang haram, beberapa daripadanya bersenjatakan pisau telah menguasai kapal yang sedang menuju ke Perancis.

Kapten kapal telah menghantar isyarat meminta bantuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.