Mesir, UAE laksana projek tenaga angin skala besar

Mesir, UAE laksana projek tenaga angin skala besar

Perjanjian bernilai USD10 bilion itu bagi menjana 10 gigawatt kuasa elektrik terletak di bandar Sohag, Mesir.

Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memeterai perjanjian projek tenaga angin terbesar dunia. (Gambar Facebook)
DOHA:
Mesir menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar dunia bernilai USD10 bilion, lapor Sputnik memetik TV Al Arabiya.

Projek yang bakal menjana 10 gigawatt kuasa elektrik itu akan dilaksanakan konsortium diketuai syarikat tenaga boleh baharu UAE, Masdar, yang akan turut merangkumi peneraju Mesir dalam bidang itu, Infinity Power dan Hassan Allam Utilities.

Ladang angin terbesar di dunia itu dirancang dibina berhampiran bandar Sohag di tengah Mesir. Penjanaan elektrik dalam projek itu dijangka bermula dalam tempoh empat tahun.

Memorandum persefahaman mengenai projek tenaga angin bersama itu ditandatangani di luar Persidangan Perubahan Iklim PBB COP27 di Sharm el-Sheikh Mesir, pada musim gugur lalu.

Projek berkenaan dijangka menjadi sebahagian daripada inisiatif Koridor Hijau Mesir yang dikhususkan untuk projek tenaga boleh baharu.

Ladang angin itu dijangka menjimatkan Mesir kira-kira USD5 bilion dari segi kos gas asli tahunan dan membantu mewujudkan sehingga 100,000 pekerjaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.